top of page

Kraf Kanak-Kanak

drip2.png
Sky

PENGENALAN
KRAF
KANAK-KANAK

Definisi kraf kanak-kanak adalah aktiviti kreatif atau seni yang dirancang khusus untuk melibatkan kanak-kanak dalam membuat atau menghasilkan objek-objek yang unik menggunakan bahan-bahan yang sesuai untuk mereka. Aktiviti kraf kanak-kanak sering kali disesuaikan dengan tahap perkembangan, minat, dan kecekapan kanak-kanak tersebut.

 

Menurut Ismail Ibrahim (2007), seni kraf mempunyai aturan dalam penghasilannya. Hal ini menunjukkan bahawa kraf kanak-kanak adalah cara yang baik untuk mempromosikan perkembangan kognitif, motor kasar, dan motor halus kanak-kanak, serta melibatkan mereka dalam aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik. Ia juga dapat meningkatkan kreativiti, imaginasi, kemahiran koordinasi, dan kemahiran tangan mereka.

photo1690124034.jpeg

Untuk menghasilkan karya seni, kreativiti sangatlah diperlukan oleh manusia dimana ianya melibatkan kognitif manusia. Menurut Liane Gabora (2013:1550), beliau menyatakan bahawa kreativiti adalah ciri unik yang dimiliki oleh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai pemikiran kreatif adalah seseorang yang unik. 

​

Begitu pula dengan guru. Menurut Gutek, G.L. (1998:8), guru memainkan peranan utama dalam menjana perkembangan kreativiti kanak-kanak. Maka, hubungan dua hala antara guru dan pelajar dapat diwujudkan serta pembelajaran akan menjadi lebih natural atau semulajadi.​

Depositphotos_68411657_xl-2015-scaled.jpg

HUBUNGI SAYA

  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • TikTok

MUDAH

MENARIK

KREATIF

©2023 by Nina

bottom of page